fellow rocker

isolation


Jangan nanti kau bertanyakan aku, ke mana kau hilang. Dan pada masa itu, kau kena tepuk dada egois yang kau bangga-banggakan dan kau julang tingi, tanya kan di mana hati kau dahulu, pada masa aku berikan sepenuh perhatian dan penghargaan terdahulu nya? Lalu pada masa itu aku berharap kau boleh belajar dari segala sesuatu bahawa tak semua benda kau boleh miliki saat kau inginkan. Dan pasti, beranggap lah aku, kau sedang belajar dari sesuatu yang kau saja lewat-lewatkan dan kau ada-adakan dahulu nya. Walau kau tahu, hati kecil kau tahu, yang cuma kau aku punya. Dan saat itu, aku harap kau tahu, yang aku bukan halimunan. Aku selalu ada untuk mengangkat kau tetapi aku juga yang kau bunuh dan kau tanam hidup-hidup.

p/s : maksud semua tak ada kena mengena dengan yang hidup/ mati. Tapi if shoes fit on your feet, take it. ;)

No comments: