fellow rocker

pathetic

bukan tak syukur, tapi tahun baru ni aku rasa banyak sangat benda yang membuat aku down. subjek yang semakin susah, belum tambah dengan kerja-kerja yang banyak menimbun, dah nak kena fikir final projek, nak kena fikir setiap hal kewangan memandangkan tahun ini perlu kan banyak duit, nak kena jaga hati parent kalau asyik minta duit, nak kena fikir sama ada nak kerja atau tak, kalau nak kerja pun macam mana nak cari kerja, belum lagi nak tambah dengan sikap orang di sekeliling yang mungkin membuat kan sakit hati. haih.

cuma satu benda yang aku kena syukur, aku ada benda yang aku ada sekarang ni.

aku dah kena bersyukur. dan kadang-kadang aku hairan, kenapa manusia sentiasa mencari benda yang tak ada dalam hidup sedangkan sendiri tak besyukur dengan segala benda yang ada dalam diri.

dan kadang-kadang aku tak tahu, apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup. bye


No comments: