fellow rocker

167

kau percaya tak kalau kau cinta seseorang lepastu dengan rasa cinta kau tu,seseorang tu bangkit semula? tapi semua cuma dalam keadaan yang agak berbeza sedikit daripada biasa. hadir pada orang lain. muka yang lain. nama lain tapi hati dan jiwa yang sama. sama macam waktu kau dengan dia waktu kau buang segala masa kau dengan dia.

walau kau tahu bahawa dia dah tertimbus di bawah tanah. ya di bawah dan bila kau ingat semua memory itu,kau jadi sedih menangis. Tapi kau tetap rasa dia ada di sisi. isk,pedih kalau nak ingatkan kembali semua benda tu.

kenapa meninggalkan? bukankah kau dah janji untuk tak tinggalkan aku sayang? aku benci kau. tapi hati seakan terdetak menerima satu jawapan.

" bukan aku yang memiliki semua janji-janji itu sayang."

malam kau hadir. baring di sebelah aku. setiap nafas aku kau rasa-kan. kau peluk rangkul cium aku. kau tahu aku marah dengan kau. sangat. jadi pantas kau mulakan bicara,

"kau rindu aku sayang?"

"rindu sangat"

"kalau kau rindu aku,mari sini pejam mata,ingat aku"

"tak,aku cuma ingin doa"

kau tersenyum lebar. kau kucup penuh mesra aku. tapi bila aku buka mata,kau hilang. dan seperti biasa,aku sendiri. dan terus harapkan pada yang tiada.

No comments: