fellow rocker

seorang gadis yang diberikan seorang ayah untuk mengetahui,bahawa tidak semua lelaki itu menyakitkan.

sumpah aku bahagia bila ada seorang ayah yang sangat penyayang. tak pernah seorang pun yang aku dengar pernah buruk-kan ayah aku. dan setiap kali aku balik ke kampung,seriously aku kata-kan tak pernah ada seorang yang tak kenal family aku. terutama nya ayah aku. cuma kadang kadang tu aku yang tak kenal orang. tak kenal sanak-saudara kerana aku tinggal di bandar mewah. kasih sayang yang dia beri-kan itu lebih dari kasih sayang orang lain. betul. tak tipu. selalu aku terfikirkan,seorang gadis di berikan seorang ayah untuk menyedarkan dia bahawa tak semua lelaki menyakiti dia,malah menyayangi. dan di sedarkan lagi masih ada lelaki yang sayang akan dia.

okay,serius aku kata-kan,aku beruntung dapat ayah sebaik ayah aku ni. yang jaga aku bila aku sakit. masak kan air panas untuk aku,bangunkan aku untuk makan ubat sampai bawa kan ubat dan air ke atas katil aku,kasih-kan aku dari kecil sehingga aku dah besar panjang dengan segala apa yang dia peroleh,kongsi-kan semua pada aku dan adik beradik yang lain dengan benda halal.

bukan sahaja aku,malah banyak yang lain kata kan,sesiapa yang punya ayah seperti aku gila beruntung. baik. aku akui. aku beruntung. lagi beruntung sebab ayah aku boleh tahan dalam buat segala kerja. memasak pun pandai. aku paling suka kalau ayah aku buat sambal. isk isk. meliur-liur aku hidu bau nya. cuma bau pun meliur okay? aku suka bila ayah aku yang shopping barang dapur. sumpah aku tak tipu. mak aku cuma masak di rumah dan kemas-kemas rumah. aku paling suka bila keluar outing dengan ayah. memang best gila.

tapi aku tetap bersyukur,aku selalu dapat apa yang aku nak. aku selalu dapat apa yang aku impi-kan. walau duit tu sumpah aku cakap susah nak dapat,tapi kasih sayang ayah tu,aku berani sumpah,itu lah yang paling susah untuk semua dapat. dan benda ni la paling senang aku nak dapat. kasih sayang ayah lebih besar nilai dari duit yang ada.

aku bangga punya ayah sebaik ayah aku.

No comments: