fellow rocker

cinta buat nenek tersayang.

pergi kau membawa impak terbesar dalam keluarga
nyata kau orang terpenting bagi semua
cinta kasih kau tak pernah sedikit pun kami lupa,
bicara kau sentiasa mekar di dalam jiwa.

kau pergi membuatkan semua orang terasa,
kau hilang membuat hati tercerai badan,
kau adalah segala yang pertama untuk semua,
dan sungguh,kami rasa terkilan.

hendak di tahan,
taknak di luah.
apa nak di kata-kan
semua terjadi sudah.

nenek tercinta pergi buat selama nya,
moga kau di cucuri rahmat yang maha esa.
sedikit tak ku lupa setiap kata yang kau kemuka,
sebab kau insan tercinta.

sungguh,kau insan mulia.

aku rindu setiap bicara
aku rindu setiap tutur kata,
aku rindu setiap gelak ketawa
aku rindu semua yang ada

sekali-pun,sedari kecil. engkau tak pernah lupa
dan sekali pun tak pernah alpa,
pada kami yang kau kata-kan keluarga
sungguh aku cinta.
cinta akan perilaku yang ada
pada kau
nenek tercinta

semoga segala sesuatu yang pernah kau buat,
semoga segala kebaikan yang banyak kau ajar dan kau beri,
akan membuka jalan untuk kau ke syurga nanti

rest in peace,grandma.

emma dimai,
she born on 18 december 1935
and she died on 08 february 2011.

we do love you.
Too much,grandma.

No comments: